STRATEGI MANTAP TEMUDUGA INDAH WATER KONSORTIUM





Kata-Kata Aluan

Tahniah! Anda telah dipanggil temuduga Indah Water Konsortium (IWK) dan sekarang, anda
mempunyai peluang yang terbaik untuk mendapatkan jawatan tersebut. Temuduga yang berjaya melibatkan hubungan yang jelas bagi kelayakan jawatan yang diperlukan dengan perilaku
temuduga yang betul. Anda telah ditawarkan untuk menghadiri temuduga dimana kelayakan dan latarbelakang anda memang tepat dan dicari dalam temuduga tersebut. Sekarang, apa yang
anda perlu lakukan adalah mula berfikir dengan cara yang betul mengenai temuduga tersebut, dan lakukan perkara yang terbaik di dalam temuduga nanti.

Melakukan perkara yang betul dan terbaik akan menjadi lebih mudah apabila anda fikirkan perkara yang betul. Begitu juga fikiran yang baik memacu ke arah tindakan yang sempurna.Sebagai contoh, untuk nampak yakin, anda harus berfikir dengan cara yang positif untuk menjawab soalan yang sukar dengan betul, anda kena fikir tentang tujuan anda semasa menjawab. Ebook dan blog ini akan
memberikan anda kelakuan mental yang betul dengan cadangan cara untuk berfikir, diikuti dengan strategi yang spesifik di mana anda mampu lakukan untuk berjaya dalam temuduga seterusnya serta mendapat jawatan yang diidamkan.

Selamat berjaya dalam temuduga anda!
Sekadar berkongsi

Yang Benar,

Akmal Mustafa
013-4490570
B.Sc(UITM),
January 2, 2016








PERSEDIAAN TEMUDUGA
Pastikan Penuh Sedia Untuk Temuduga Yang Baik

1. Tahu Asas Untuk Menjawab Pelbagai Soalan

Fikirkan! : Ada beratus soalan temuduga mungkin ditanya.
Anda tidak boleh meneka mana satu soalan yang akan ditanya
mahupun mencipta jawapan bagi setiap soalan tersebut.

Lakukan! : Disebabkan anda tidak boleh menyediakan kesemua
soalan yang mungkin ditanya, fokus lebih kepada asas menjawab
atau respon terhadap apa-apa soalan temuduga.
Peraturan yang paling asas adalah bertindak positif,
fokus terhadap apa yang boleh anda sumbangkan terhadap
organisasi, dan bila mustahil, gunakan contoh kejayaan daripada
kerja yang lalu untuk membuktikan keupayaan anda.
Dan juga, membaca tentang soalan temuduga spesifik dan
memikirkan tentang soalan yang mungkin ditanya bukanlah satu
idea yang teruk. Ada banyak buku soalan temuduga dan
maklumat boleh diperolehi dengan mudah sekarang.

2. Menjangkakan Soalan.

Fikirkan! : Anda boleh jangka soalan biasa yang akan ditanya.

Lakukan! : Fikirkan tentang temuduga tersebut dari sudut
pandangan penemuduga itu sendiri. Tanya diri anda, “Jika saya
hendak melantik seseorang ke dalam jawatan tersebut, apa yang
saya perlu tahu?”, apabila anda tahu soalan yang sesuai, tuliskan
jawapan anda.
Jangan lupa untuk menjangkakan soalan yang klasik, seperti
“Beritahu kami tentang diri anda”, “Kenapa anda berminat
dengan jawatan ini?”, dan “Apakah kelebihan/kekurangan
anda?”
Untuk menjawab soalan ini dengan efektif, bina dan berlatih
dengan kuat jawapan yang tepat berdasarkan nilai
kebolehupayaan anda untuk organisasi tersebut dan itulah yang
begitu unik kepada anda serta personaliti anda.


3. Sediakan Kisah Kejayaan

Fikirkan! : Penunjuk yang baik bagaimana anda akan
laksanakan kerja adalah bagaimana anda laksanakannya pada
kerja dahulu.

Lakukan! : Sediakan enam ke lapan cerita tentang kejayaan
anda yang anda telah lakukan dengan baik pada kerjaya dahulu.
Anda juga boleh gunakan contoh daripada situasi dahulu
bersama rakan-rakan, keluarga, organisasi atau sekolah.
Cerita tentang kejayaan seharusnya termasuklah huraian
ringkas mengenai situasi, cabaran yang dihadapi, apa yang anda
lakukan bagi menyelesaikan cabaran dan sudah tentu,
kesudahannya.
Setiap cerita harus membuktikan kelebihan anda tersendiri
seperti kreativiti, usaha dan akal fikiran yang baik. Cerita
tentang kejayaan boleh jadi pencapaian yang besar, seperti
menyelamatkan ekonomi organisasi, mahupun yang kecil seperti
membantu pelanggan mencapai kepuasan.
Cari peluang dalam temuduga tersebut untuk menceritakan
kisah kejayaan anda. Jikalau anda tidak diminta untuk
bertanyakan soalan yang spesifik, cari jalan untuk menarik
perhatian mereka kearah situasi perbualan.


4. Tahu Kelebihan Anda

Fikirkan! : Mengetahui kelebihan, bakat, kemahiran, nilai-nilai
dan kelemahan akan menjadikan anda seorang calon temuduga
yang hebat, mantap dan fokus.

Lakukan! : Sebahagian dalam proses pencarian kerja,
senaraikanlah ciri-ciri seperti diatas.
Setelah anda tahu bagaimana ciri-ciri anda, anda boleh bercakap
dengan penuh yakin tentang apa yang anda mampu sumbangkan
kepada bakal organisasi dan boleh mengelakkan daripada anda
berkata tentang kelemahan anda.
Untuk membuatkan kelebihan, bakat, kemahiran dan nilai-nilai
anda kelihatan lebih ketara – terhadap diri anda sendiri
mahupun orang lain – tumpukan perhatian kepada situasi yang
lebih spesifik di mana anda dapat membuktikannya. Juga,
masukkan kedalam kisah kejayaan anda.


5. Kenali Organisasi Itu

Fikirkan! : Banyak aduan daripada penemuduga menyatakan
bahawa calon tidak bersedia untuk ke temuduga. Ini
menunjukkan kekurangan minat dalam situasi tersebut. Lebih
banyak informasi yang anda tahu mengenai organisasi tersebut,
lebih baik persediaan yang akan anda lakukan untuk menjawab
soalan. Selain itu, ia menunjukan minat dan kesungguhan anda
terhadap jawatan yang ditawarkan.

Lakukan! : Sediakan. Sediakan. Sediakan.
Tanpa berkira mengenai tahap jawatan tersebut, ia membantu
untuk mengetahui maklumat mengenai organisasi, pasaran,
kelebihan, dan cabaran. Ia turut membantu menyediakan soalan
yang bekenaan berdasarkan pengetahuan anda mengenai
organisasi tersebut.
Dengan hanya persediaan yang sederhana, anda sebenarnya
akan mengetahui lebih banyak mengenai organisasi terebut
daripada penemuduga. Ini akan membantu anda kelihatan lebih
berpengetahuan selain berminat terhadap jawatan yang
ditawarkan.




UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT TIPS DAN ILMU-ILMU MENGENAI KERJA DI DALAM INDAH WATER KONSORTIUM SILA KLIK LINK DI BAWAH



Atau Hantar detail anda ke WhatsApp di bawah


013-4490570